Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan,Program Pengawasan

JAS KEDAH SIASAT INSIDEN PEMBAKARAN TERBUKA DI JALAN KUALA NERANG

Oleh hakim.hozali · 25/03/2026 · 1 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menjalankan siasatan pembakaran terbuka di Jalan Kuala Nerang, Kedah berikutan laporan pembakaran terbuka yang diterima daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kedah pada petang Selasa. Berdasarkan maklumat awal daripada penduduk setempat, insiden ini disyaki berpunca daripada aktiviti pembakaran sampah yang kemudiannya merebak ke kawasan belukar yang kering. Setibanya pegawai JAS di lokasi kejadian, api didapati telah padam sepenuhnya hasil kerja pantas pihak bomba. Anggaran keluasan kawasan yang terjejas adalah sekitar 2.113 ekar. Maklumat penduduk setempat yang tinggal berdekatan kawasan kebakaran telah diambil bagi tujuan membantu proses siasatan secara lebih terperinci. JAS Kedah akan terus berkerjasama bersama pihak JBPM Kedah bagi siasatan kes pembakaran terbuka di Negeri Kedah. Selain itu, pemantauan melalui rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) akan terus dipertingkatkan untuk mencegah aktiviti pembakaran terbuka. JAS Kedah turut memohon kerjasama orang ramai agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka terutama dalam keadaan cuaca kering yang boleh menyebabkan api merebak dengan pantas dan sukar dikawal. Ini selaras dengan pengaktifan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) dan Pelan Tindakan Pencegahan Kebakaran Terbuka oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada 15 Februari 2026. Aktiviti pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan serius di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1,000,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun, atau kedua-duanya sekali. Selain itu, tindakan kompaun tidak melebihi lima puluh peratus daripada nilai denda boleh dikenakan terhadap pelaku. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka boleh menghubungi talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau melalui portal e-aduan di laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar.

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah
Lokasi
Jalan Kuala Nerang, Kedah
Fail / Media (7)
  • 20261803155237536.jpg .jpg Buka
  • 20261803155242911.jpg .jpg Buka
  • 20261803155247692.jpg .jpg Buka
  • 20261803155252380.jpg .jpg Buka
  • 20261803155256520.jpg .jpg Buka
  • 20261803155301755.jpg .jpg Buka
  • 20261803155305645.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS