Penerangan
13 MAC 2026, SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mengadakan Program Khatam Al-Quran dan Pengagihan Bubur lambuk sempena bulan Ramadan anjuran Kelab Rekreasi JAS Negeri Sembilan. Majlis ini dianjurkan bagi mengimarahkan bulan Ramadan di samping memupuk semangat cintakan Al-Quran serta mentadabur ayat-ayat suci-Nya.
Majlis Khatam Al-Quran telah dipimpin oleh En.Muhammad Hazwan bin Mohd Hazman. Turut hadir majlis tersebut ialah Pengarah JAS Negeri Sembilan, En.Abdul Aziz Bin Parmin, bersama Timbalan Pengarah Operasi II dan Timbalan Pengarah Pembangunan, serta pegawai-pegawai JAS Negeri Sembilan.
Turut diadakan pengagihan bubur lambuk kepada pegawai JAS Negeri Sembilan dan komuniti setempat bagi mengukuhkan silaturahim dan memupuk nilai kerohanian.