PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

POST MORTEM HARI KELESTARIAN ALAM NEGERI SEMBILAN 2025 (HKANS)

JAS NEGERI SEMBILAN 18/03/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
POST MORTEM HARI KELESTARIAN ALAM NEGERI SEMBILAN 2025 (HKANS)
Tahun
2026

Penerangan

13 MAC 2026, SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menghadiri satu mesyuarat Post Mortem Hari Kelestarian Alam Negeri Sembilan 2025 (HKANS). Mesyuarat tersebut diadakan di Wisma Negeri Sembilan dan dipengerusikan oleh Dr. Azlina Binti Zainal Abidin, Timbalan Pengarah 1 Unit Perancang Ekonomi. Tujuan mesyuarat diadakan bagi menilai pelaksanaan program yang telah dijalankan sepanjang sambutan Hari Kelestarian Alam Negeri Sembilan 2025, termasuk meneliti kekuatan, kekangan serta cadangan penambahbaikan bagi penganjuran program pada masa akan datang. Pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya aspek penyelarasan program, tahap penglibatan komuniti, impak program terhadap kesedaran alam sekitar serta strategi untuk memperluaskan penyertaan masyarakat. Mesyuarat ini turut melibatkan penyertaan pelbagai Agensi Kerajaan , pihak swasta serta rakan strategik yang telah bekerjasama dalam menjayakan program tersebut. Penglibatan semua pihak ini amat penting dalam memastikan usaha memelihara dan memulihara alam sekitar dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan demi kelestarian alam sekitar di Negeri Sembilan.