PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN KEPADA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

JAS NEGERI SEMBILAN 18/03/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN KEPADA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
Tahun
2026

Penerangan

12 MAC 2026, SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan yang diketuai oleh Encik Abdul Aziz bin Parmin, Pengarah JAS Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan. Delegasi JAS Negeri Sembilan telah disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan; Puan Khalidah binti Hj. Omar. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan. Perbincangan turut menekankan hubungan kerjasama erat khususnya dalam memperkukuh penglibatan sekolah-sekolah di Negeri Sembilan dalam pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh JAS. Selain itu, pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan mengenai pelaksanaan inisiatif serta program kesedaran alam sekitar dengan penglibatan pihak sekolah dalam usaha memupuk nilai kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga pendidik dan pelajar. Diharapkan hubungan erat ini akan terus diperkasakan demi melahirkan generasi muda yang celik ilmu serta peka terhadap kepentingan pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar.