PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN KEPADA PENGARAH ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SEMBILAN

JAS NEGERI SEMBILAN 18/03/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN KEPADA PENGARAH ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SEMBILAN
Tahun
2026

Penerangan

5 MAC 2026, SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, yang diketuai oleh Encik Abdul Aziz Bin Parmin selaku Pengarah JAS Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, LT.Kol.(PA) Mohd Nazri Bin Mes Kam. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan selaras dengan pelan tindakan strategik di dalam Memorandum Persefahaman JAS-APM yang telah ditandatangani pada 15 Ogos 2024 yang lalu. Antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek operasi, rondaan, latihan dan pengawasan alam sekitar serta perkongsian maklumat dan kepakaran bagi memastikan kelestarian alam sekitar di Negeri Sembilan dapat dipertingkatkan. Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan JAS Negeri Sembilan dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan dengan penuh integriti. Diharapkan hubungan erat ini akan terus diperkasakan demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar di Negeri Sembilan.