Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN BENGKEL KENDERAAN DAN JENTERA/ KITAR SEMULA KOMPONEN SECARA HARAM DI GOMBAK SELANGOR

Oleh normuhamad · 18/03/2026 · 1 paparan

12 Mac 2026, Gombak - Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Cawangan Gombak telah menyertai Operasi Bersepadu Pemeriksaan Bengkel Kenderaan dan Jentera Kitar Semula Komponen Secara Haram di Kawasan Perindustrian, Bukit Beruntung, Gombak, Selangor. Operasi bersepadu telah diketuai oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) IPD Hulu Selangor dan turut disertai oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS). Hasil pemeriksaan mendapati premis menjalankan aktiviti barangan lusuh dan pengasingan serta peleraian komponen e-waste (SW110) tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Persampelan rasmi telah dijalankan bagi tujuan analisa. Field Citation (FC) telah dikeluarkan bagi mengarahkan premis untuk menghentikan aktiviti penghasilan e-waste dengan serta-merta. Notis Arahan di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan turut dikeluarkan oleh Jabatan ini untuk tindakan lanjut oleh pihak premis. Kertas siasatan dibawah Seksyen 18 (1), Seksyen 19 dan Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dibuka bagi tindakan mahkamah selanjutnya. Semua pihak adalah diingatkan untuk sentiasa patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan mana-mana pihak didakwa ke mahkamah. Laporkan aktiviti pen

Penganjur
JAS SELANGOR
Lokasi
GOMBAK, SELANGOR
Fail / Media (4)
  • 20261603121202655.jpg .jpg Buka
  • 20261603121206944.jpg .jpg Buka
  • 20261603121211304.jpg .jpg Buka
  • 20261603121215709.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS