Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

MAJLIS PERASMIAN PUSAT PENGUMPULAN E-WASTE ISI RUMAH DI KUCHING, SARAWAK

Oleh charlie · 18/03/2026 · 2 paparan

10 Mac 2026, KUCHING - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah menghadiri Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan e-Waste Isi Rumah bertempat di Batu Kawa, Kuching. Pusat pengumpulan ini merupakan hasil inisiatif hijau oleh DNS Waste Management Sdn. Bhd. dalam usaha menyokong pengurangan pencemaran alam sekitar serta menggalakkan pemulihan bahan kitar semula yang bernilai daripada sisa elektronik. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Cr. Tan Kai, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP). Penubuhan pusat pengumpulan e-waste isi rumah ini bertujuan menyediakan kemudahan kepada komuniti setempat untuk melupuskan sisa elektronik secara bertanggungjawab. Inisiatif ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan buangan yang betul serta menggalakkan amalan gaya hidup lestari. Orang ramai dialu-alukan untuk menghantar sisa elektronik e-waste yang tidak lagi digunakan ke pusat pengumpulan ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemeliharaan alam sekitar. Majlis ini turut dihadiri oleh wakil daripada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Majlis Daerah Bau (MDB) dan Majlis Daerah Serian (MDS). “TURN E-WASTE TO CASH” "E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"

Penganjur
JAS Sarawak
Lokasi
Kuching, Sarawak
Fail / Media (7)
  • 20261603100205457.jpg .jpg Buka
  • 20261603100216784.jpg .jpg Buka
  • 20261603100223617.jpg .jpg Buka
  • 20261603100234329.jpg .jpg Buka
  • 20261603100241668.jpg .jpg Buka
  • 20261603100248154.jpg .jpg Buka
  • 20261603100253575.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS