Oleh charlie · 18/03/2026 · 5 paparan
11 Mac 2026, KUCHING – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah menerima jemputan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) untuk memberi taklimat berkaitan “Guidelines on Pollution Prevention in Industrial Siting (PPIS)” sempena Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Projek Perindustrian (PICC) yang diadakan di Wisma Sumber Alam, Jalan Stadium, Petra Jaya, Kuching. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pembangunan) JAS Sarawak, Ts. Mirza bin Zainudin dalam Mesyuarat yang dipengerusikan YB Datuk Dr. Malcolm Mussen Anak Lamoh, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak. Tujuan taklimat garis panduan PPIS ini adalah untuk berkongsi maklumat serta panduan kepada pihak berkuasa, pemaju projek dan perunding dalam menentukan kesesuaian tapak bagi aktiviti perindustrian atau aktiviti yang berpotensi mencemarkan alam sekitar, khususnya di Sarawak. Beberapa aspek penting dalam garis panduan tersebut telah dibentangkan, antaranya klasifikasi industri mengikut potensi pencemaran, kriteria pemilihan tapak (site selection), penetapan zon penampan (buffer zone), penggunaan Teknologi Terbaik yang Tersedia (Best Available Technology – BAT), serta aspek berkaitan lain. Mesyuarat turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap MINTRED, ketua-ketua jabatan serta wakil daripada beberapa agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri Sarawak. Mesyuarat telah tamat pada pukul 4.45 petang.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup