Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sungai Petani
- Lokasi
- Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kawasan Perusahaan Cindai, Kawasan Perindustrian Cendana, Kawasan Perindustrian Bakar Arang dan Kawasan Perindustrian MIEL Sungai Lalang
Penerangan
Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sungai Petani telah menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di Daerah Kuala Muda melibatkan Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kawasan Perusahaan Cindai, Kawasan Perindustrian Cendana, Kawasan Perindustrian Bakar Arang dan Kawasan Perindustrian MIEL Sungai Lalang selain tapak-tapak pembinaan dan hotspot pembakaran terbuka di kawasan Daerah Kuala Muda terutama sekitar Sungai Petani, Jalan Kuala Ketil, Sungai Lalang dan Jalan dan Lencongan Timur. Pemantauan juga dibuat ke atas buangan sitaan JAS dalam operasi sebelum ini.
Keberadaan pegawai JAS di lapangan terutama pada cuti mingguan dapat menghindari kegiatan haram pelupusan buangan terjadual, aktiviti pembakaran terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta bagi mengesan sebarang aktiviti pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan JAS.
Jabatan Alam Sekitar menyeru kepada orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat dan bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 atau secara atas talian melalui http://eaduan.doe.gov.my