PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

MAJLIS IFTAR & PROGRAM RAMAH MESRA JAS KEDAH BERSAMA MEDIA KEDAH

JAS KEDAH 18/03/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS IFTAR & PROGRAM RAMAH MESRA JAS KEDAH BERSAMA MEDIA KEDAH
Tahun
2026
Organisasi
JAS Kedah dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Kedah (KASKED)
Lokasi
Hotel Jerai, Alor Setar, Kedah

Penerangan

JAS Kedah dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Kedah (KASKED) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa (Iftar) & Program Ramah Mesra JAS Kedah bersama pihak pengamal media Negeri Kedah bertempat di Hotel Jerai, Alor Setar, Kedah. Kos penganjuran majlis tersebut telah dibiayai sepenuhnya oleh KASKED. Tujuan majlis ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan hubungan baik dan kerjasama yang padu antara agensi penguatkuasa dengan pihak media yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat serta situasi semasa dalam negara khasnya isu-isu berkaitan alam sekitar di Negeri Kedah. Majlis telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 34 orang wartawan daripada pelbagai akhbar utama negara dan agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Turut diadakan Sidang Media berkaitan kes-kes pembakaran terbuka yang berlaku di Kedah serta perundangan berkaitan. JAS Kedah sentiasa komited dalam menjalankan tugas penguatkuasaan termasuklah sebaran maklumat dan tindakan-tindakan yang telah diambil berlandaskan perundangan di samping dapat meningkatkan kesedaran awam terhadap pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya.