Oleh holly · 18/03/2026 · 1 paparan
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Daisy Aloysius, Pemangku Pengarah JPAS. Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan dari Juruperunding NORBES. Projek melibatkan penambakan kawasan pantai laut di kawasan Meruntum, berhadapan dengan perkampungan Kg. Dumpil, Putatan. Beberapa isu kritikal dibangkitkan antaranya adalah berkenaan trafic flow study melibatkan pekan Daerah Putatan (JKR) dan kekerapan banjir melibatkan saluran keluar ke laut alurair Sg. Ketiau, Putatan (Hydraulic Study, MSMA - JPS). Mesyuarat dimaklumkan pemaju telah mendapat kelulusan MPN dan DP. Wakil JAS membangkitkan isu pengurusan kumbahan kerana dilihat melibatkan projek mega. Wakil JAS memaklumkan LRK dengan kapasiti 20,000 P.E atau lebih perlu kelulusan EIA dari JAS. Pemaju projek maklum buangan kumbahan mereka boleh menjangkau 20, 000 P.E, namun akan disalurkan ke LRK sedia ada iaitu di RSTP Penampang (*EIA approved). Sekian dimaklumkan. Terima kasih. UNIT EIA & IP
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup