Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG (JAS)

Oleh hashikin · 18/03/2026 · 0 paparan

OPS GEMPUR JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG (JAS) BIL 1 TAHUN 2026 12 MAC 2026, KEPALA BATAS – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah mengadakan Ops Gempur yang melibatkan kerjasama agensi kerajaan persekutuan dan negeri. Ia melibatkan tujuh (7) pasukan dengan kekuatan 20 orang anggota dan pegawai dimana 15 orang dari JAS Pulau Pinang. Objektif operasi ini adalah bagi memastikan tahap pematuhan industri berada dalam keadaan baik. Operasi memfokuskan beberapa kawasan industri di daerah Seberang Perai Utara (SPU) antaranya Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Kawasan Perindustrian ACKU dan Kawasan Perindustrian Bagan Lalang. Operasi memberi tumpuan premis-premis yang terletak di hulu takat pengambilan air yang berada sekitar lembangan Sungai Perai. Antara premis yang diperiksa seperti yang berasaskan pembuatan logam, kimia dan perkayuan. Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas 14 premis, sebanyak enam (6) premis berada dalam keadaan baik manakala lapan (8) daripadanya terdapat ketidakpatuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan akan disusuli tindakan pembetulan dan pembaikan. Sebanyak 14 Catitan Lapangan / Field Citation (FC) serta lapan (8) Notis Arahan telah dikeluarkan. Selain itu, tujuh (7) kertas siasatan tawaran kompaun telah dibuka melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. JAS Pulau Pinang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Ops Gempur ini. Kerjasama dan kolabrasi seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa selain penguatkuasaan rutin biasa dibuat. Sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh dilakukan melalui panggilan telefon di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau emailkan ke [email protected] atau layari portal aduan https://[email protected]

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang
Lokasi
KEPALA BATAS
Fail / Media (2)
  • 20261303151118901.jpeg .jpeg Buka
  • 20261303151137310.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS