Penerangan
PROJEK BUBUR LAMBUK LESTARI ANJURAN KELAB ALAM SEKITAR, JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (KASLAW).
5 Mac 2026, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL) - KASLAW telah menganjurkan program gotong-royong memasak bubur lambuk yang melibatkan warga KASLAW dalam penyediaan dan pembungkusan sebanyak 200 bekas bubur lambuk. Agihan telah menyasarkan orang awam dan pegawai dan kakitangan awam pelbagai agensi dan jabatan di sekitar Kompleks Ujana Kewangan.
Keistimewaan program ini adalah penerapan elemen kelestarian selaras dengan peranan Jabatan Alam Sekitar. Antara inisiatif yang ditekankan adalah penggunaan bekas guna semula bagi mengurangkan sisa plastik sekali guna, di samping menyokong kempen zero food waste.
Pelaksanaan ini secara langsung menyokong agenda kelestarian global iaitu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, serta SDG 2: Sifar Kelaparan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_Mac_2026