PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN TAPAK PROJEK CADANGAN EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK

JAS PERAK 18/03/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK PROJEK CADANGAN EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK
Tahun
2026
Organisasi
jas perak
Lokasi
kuala kangsar

Penerangan

10 Mac 2026, Kuala Kangsar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan satu lawatan teknikal ke tapak projek di Hutan Simpan Piah bagi penanaman ladang hutan yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih jelas tapak cadangan projek dan aktiviti-aktiviti persekitaran sebagai input dalam menyemak Laporan EIA yang telah dikemukakan. Turut hadir pihak perunding EIA dan penggerak projek bagi menbincangkan isu-isu berbangkit berkaitan tapak projek. JAS Perak terus komited memantau projek-projek pembangunan yang tertakluk di bawah keperluan EIA supaya sebarang impak negatif terhadap alam sekitar dan komuniti setempat dapat diminimakan. #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_mac2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari