Oleh maizah · 18/03/2026 · 1 paparan
09 MAC 2026, Sri Ampang - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Negeri Perak(KASPER) dan Masjid Al-Huda, Sri Ampang telah melancarkan Kempen Pengumpulan E-Waste sempena Hari Bumi Tahun 2026. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh , Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Kempen Pengumpulan Barangan E-Waste dari isi rumah diadakan bagi memberi kesedaran dan tanggungjawab kepada orang awam dalam pengurusan buangan serta gaya hidup yang lestari. Program ini adalah dengan kerjasama syarikat Sun Soon Yik Sdn Bhd yang merupakan rakan strategik Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. ??Kitar semula hari ini demi masa depan yang lebih hijau. Alhamdulillah, Majlis Iftar anjuran Kelab Kelab Alam Sekitar Negeri Perak (KASPER), JAS Perak turut berlangsung dengan penglibatan kakitangan jabatan, ahli keluarga dan kehadiran ramai penduduk di kariah masjid dalam suasana penuh kemesraan dan keberkatan. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan masjid serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini. Semoga usaha murni ini terus diberkati dan menjadi amalan kebajikan yang berterusan. "e-waste dikitar, bumi terpelihara" #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_mac2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup