PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN KUARI PULAU PINANG (PQA) KE JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG

JAS PULAU PINANG 12/03/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN KUARI PULAU PINANG (PQA) KE JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang

Penerangan

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN KUARI PULAU PINANG (PQA) KE JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG SEBERANG PERAI UTARA, 12 MAC 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang menerima kunjungan hormat daripada wakil Persatuan Kuari Pulau Pinang (PQA) bagi memperkukuh kerjasama serta membincangkan isu-isu kelestarian alam sekitar dalam sektor pengkuarian di negeri ini. Sesi pertemuan tersebut telah diketuai oleh Pengarah JAS Pulau Pinang, YBhg. Tuan Badlishah bin Ahmad. Fokus utama perbincangan tertumpu kepada cabaran semasa serta langkah-langkah kawalan pengoperasian kuari terhadap kawasan penerima sensetif setempat dan kesejahteraan penduduk. Kunjungan hormat ini diharap dapat menjadi platform komunikasi dua hala yang berkesan antara pihak berkuasa dan pemain industri demi memastikan pembangunan ekonomi negeri berjalan seiring dengan perlindungan alam sekitar. Pihak industri turut diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya pada setiap masa. #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #jaspp2026 #alamsekitartanggungjawabbersama