PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

TAZKIRAH RAMADAN 2026 – PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI “RAMADAN: IBADAH DISEMAI, ALAM DIPELIHARA”

JAS WP KUALA LUMPUR 12/03/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAZKIRAH RAMADAN 2026 – PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI “RAMADAN: IBADAH DISEMAI, ALAM DIPELIHARA”
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
JAS WPKL

Penerangan

12 MAC 2026, KHAMIS – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengadakan sesi pengisian rohani bersempena bulan Ramadan bertempat di ruang legar JAS WPKL. Penceramah jemputan iaitu Ustaz Amirul Amin telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk "Ramadan: Ibadah Disemai, Alam Dipelihara". Sesi tazkirah ini menekankan tentang pentingnya menjaga integriti dan aspek halal dan haram semasa melakukan tugasan harian sebagai cara untuk mendapatkan keberkatan rezeki dan hubungannya dalam menjaga alam sekitar kita. Kehadiran yang sangat menggalakkan daripada warga JAS WPKL menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap nilai murni di tempat kerja. Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir dengan sesi soal jawab interaktif yang disampaikan oleh penceramah.