PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN LAWATAN TAPAK UNTUK INPUT PEMBANGUNAN DAN PERMOHONAN LAPORAN EIA

JAS WP KUALA LUMPUR 12/03/2026 6 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN LAWATAN TAPAK UNTUK INPUT PEMBANGUNAN DAN PERMOHONAN LAPORAN EIA
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

9 MAC 2026, KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan lawatan teknikal ke lima tapak projek bagi cadangan pembangunan yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Lokasi tapak projek adalah di Damansara Heights, Mukim Batu, Pantai Dalam dan 2 lokasi berasingan di Bukit Kiara. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih jelas tapak cadangan projek dan aktiviti-aktiviti persekitaran sebagai input dalam menyemak Laporan EIA yang telah dikemukakan. Turut hadir pihak perunding EIA dan penggerak projek bagi membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan tapak projek. JAS WPKL terus komited memantau projek-projek pembangunan yang tertakluk di bawah keperluan EIA supaya sebarang impak negatif terhadap alam sekitar dan komuniti setempat dapat diminimakan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama