PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GEMA LESTARI RAMADAN 2026 - KOLABORASI PENGURUSAN E-WASTE BERSAMA INSTITUSI SEKOLAH ( SIRI 3)

JAS WP KUALA LUMPUR 12/03/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GEMA LESTARI RAMADAN 2026 - KOLABORASI PENGURUSAN E-WASTE BERSAMA INSTITUSI SEKOLAH ( SIRI 3)
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

6 MAC 2026, KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melakukan tinjauan pelaksanaan kali yang ketiga untuk sekolah bagi Program Gema Lestari Ramadan Tahun 2026, yang melibatkan lima buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah, Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane dan Sekolah Kebangsaan St. Mary. Tujuan tinjauan ini adalah untuk memastikan tong sampah e-waste dalam keadaan baik dan mudah diakses supaya komuniti sekolah dapat mengisi sampah elektronik mereka. Wakil daripada Syarikat Prestasi Mewah Sdn Bhd juga menyertai lawatan ini. Ini merupakan pendekatan yang mempunyai dua matlamat iaitu menggalakkan warga sekolah untuk melakukan perkara yang baik untuk alam sekitar dan menggalakkan mereka untuk berbuat baik sepanjang bulan yang penuh berkat ini. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama