Penerangan
5 MAC 2026, KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah memulakan pelaksanaan Program Gema Lestari Ramadan 2026 dengan tinjauan kali keempat di enam (6) lokasi yang sama seperti sebelumnya iaitu Masjid Al-Imam As-Syafie (Maluri), Masjid Salahuddin Al-Ayyubi (Taman Melati,Setapak), Masjid Usamah Bin Zaid (Wangsa Maju), Masjid Al-Imam Al-Ghazali (Bandar Menjalara, Kepong), Masjid Ar-Rahman (Pantai Baru) dan Masjid Al-Ikhlasiah (Bukit Kerinchi). Tinjauan kali ini adalah bertujuan untuk memastikan tong e-waste yang telah ditempatkan adalah dalam keadaan baik dan mudah diakses untuk memudahkan komuniti mengisi buangan e-waste mereka. Lawatan ini turut disertai wakil daripada Syarikat Prestasi Mewah Sdn Bhd.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan amalan kitar semula dan meningkatkan kesedaran tanggungjawab sosial dalam komuniti setempat.
#jabatanalamsekitar
#ewaste
#alamsekitartanggungjawabbersama
#NRES