Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KUNJUNG HORMAT LEMBAGA KEMAKUAN PERTANIAN MUDA (MADA) KE PEJABAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Pihak Pengurusan Ibu Pejabat MADA
- Lokasi
- BILIK MESYUARAT, JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
Penerangan
Pihak Pengurusan Ibu Pejabat MADA telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi. Lawatan ini memberi peluang untuk membincangkan isu-isu utama berkaitan keperluan input pembangunan dan pengurusan kilang padi serta mencari penyelesaian bersama untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan alam sekitar.
Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Encik Nik Kun bin Nik Man, Timbalan Pengurus Besar MADA bersama pegawai-pegawai kanan dan telah disambut oleh Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah.
Diharapkan melalui kunjungan ini dapat mengeratkan kerjasama dalam memastikan kelestarian alam sekitar di Negeri Kedah.