PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN HARIAN RONDAAN JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KAJANG DAN OMPT BAGI BULAN MAC 2026

JAS SELANGOR 10/03/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN HARIAN RONDAAN JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KAJANG DAN OMPT BAGI BULAN MAC 2026
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
Kajang

Penerangan

Kajang 1 Mac 2026 (Ahad) - Rondaan sekitar Daerah Hulu Langat meliputi kawasan Jalan Reko, Kajang Prima, Kajang Saujana, Kawasan Perindustrian Jalan Cheras dan Kawasan Perindustrian Budiman. Hasil rondaan mendapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan di semua lokasi. Siasatan di Jalan Reko, Kajang Prima dan Kajang Saujana yang melibatkan aduan pembakaran terbuka tidak menemui sebarang tapak atau lokasi pembakaran serta tiada longgokan sampah haram ditemui, manakala rondaan di kawasan perindustrian Jalan Cheras dan Budiman mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi atau tutup serta tiada aktiviti mencurigakan atau longgokan sampah yang boleh menyebabkan pembakaran terbuka. Rondaan harian tamat pada jam 1:30 petang dan tiada insiden lain dikesan sepanjang pemantauan dijalankan.