PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

Laporan Rondaan dan Pemantauan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Caw. Sepang

JAS SELANGOR 10/03/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Laporan Rondaan dan Pemantauan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Caw. Sepang
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
Sepang

Penerangan

Laporan Rondaan dan Pemantauan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) bagi 1 Mac 2026 dari jam 10:00 pagi hingga 3:30 petang telah dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar Daerah Sepang termasuk Salak Tinggi, Kota Warisan, Jenderam, Dengkil, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya bagi tujuan pengesanan awal serta pencegahan aktiviti pembakaran terbuka. Hasil rondaan mendapati dua kejadian kebakaran iaitu di Jalan Sungai Buah Luar berhampiran Sungai Langat yang melibatkan tapak pelupusan sampah haram di tanah rizab dengan dua titik kebakaran berkeluasan kira-kira 40 x 50 kaki persegi, di mana pihak Jabatan telah menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil untuk tindakan pemadaman serta memasang banner larangan pembakaran terbuka, dan kes akan dirujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah Sepang serta Majlis Perbandaran Sepang untuk tindakan lanjut. Selain itu, satu lagi kejadian pembakaran terbuka melibatkan kawasan belukar dikesan di Jalan Airport City 2, Kota Warisan berhampiran ERL Kota Warisan, yang ketika itu sedang dipadamkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sepang bersama Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, dan semakan awal mendapati lokasi berada di atas Lot 29647 Mukim Dengkil yang mempunyai rekod pemilikan. Secara keseluruhannya, keadaan di lokasi rondaan lain adalah terkawal tanpa sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan, dan rondaan serta pemantauan akan diteruskan secara berkala khususnya di kawasan hotspot, lokasi aduan awam serta tapak bina bagi memastikan pematuhan terhadap larangan pembakaran terbuka.