Oleh normuhamad · 10/03/2026 · 2 paparan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang telah menerima aduan berkaitan kilang memproses e-waste (SW110) secara haram yang beroperasi di Kuala Langat, Selangor. Pasukan Penguatkuasa JAS Negeri Selangor Cawangan Sepang telah menjalankan siasatan ke atas premis tersebut pada 26 Februari 2026. Siasatan mendapati premis adalah merupakan gudang/ stor yang disewakan kepada Syarikat/ individu. Siasatan juga mendapati premis tersebut telah digunakan bagi menjalankan aktiviti kitar semula logam dan satu gudang telah dikesan menyimpan e-waste tanpa kebenaran. Persampelan rasmi telah dijalankan dan dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa selanjutnya. Tindakan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dikeluarkan kepada pemilik e-waste tersebut. Semua pihak adalah diingatkan untuk sentiasa patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan mana-mana pihak untuk disabitkan dan dibawa ke mahkamah.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup