Oleh normuhamad · 10/03/2026 · 1 paparan
Laporan Rondaan dan Pemantauan Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) pada 1 Mac 2026 dari jam 10:00 pagi hingga 4:00 petang telah dijalankan di kawasan Pertanian Johan Setia dan sekitarnya meliputi beberapa laluan seperti Jalan Johan Setia, Jalan Tengah 1 dan 2, Jalan 5, Jalan Sijangkang Utama, Jalan 4, Jalan Wak Mail, Jalan Sopan Setia, Jalan Halia Muda, Jalan Sopan dan Jalan Sekolah. Keadaan cuaca adalah cerah dengan suhu sekitar 33°C dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sekitar 72. Hasil pemantauan mendapati satu kejadian kebakaran sampah di Jalan 5 yang berpunca daripada tempat pembuangan sampah haram melibatkan kain, plastik dan bahan buangan kontrak, dan pasukan rondaan telah memadamkan kepulan asap menggunakan air longkang. Selain itu, keadaan longkang dan sungai didapati agak cetek. Secara keseluruhannya, keadaan di kawasan pertanian adalah baik dan terkawal, namun dicadangkan agar unit kawasan memaklumkan kepada pihak Majlis mengenai lokasi pembuangan sampah haram untuk pemantauan berkala.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup