PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

"OPS BONGKAR" KONTENA DI PELABUHAN KLANG, SELANGOR

JAS SELANGOR 10/03/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
"OPS BONGKAR" KONTENA DI PELABUHAN KLANG, SELANGOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
PELABUHAN KLANG

Penerangan

3 Mac 2026, Pelabuhan Klang – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengetuai Operasi Khas “Ops Bongkar” Kontena di Pelabuhan Klang, Selangor. Operasi ini melibatkan kerjasama daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Sebanyak 45 kontena yang disyaki membawa buangan terjadual telah diperiksa. Pemeriksaan berjaya mengesan 40 buah kontena mengandungi buangan terjadual yang mana 22 daripadanya adalah E-Waste (SW 110), 4 kontena mengandungi buangan bateri terpakai (SW 102), 4 kontena mengandungi buangan wayar terpakai (SW 422), 1 kontena mengandungi buangan bateri solar panel (SW 103) dan 9 kontena mengandungi campuran buangan terjadual yang lain. Tindakan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dikeluarkan bagi mengarahkan pihak konsaini untuk menghantar pulang kontena yang mengandungi buangan terjadual tersebut ke negara asal. Pemulangan kontena ini adalah amaran tegas bahawa Malaysia tidak membenarkan sebarang pengimportan buangan berbahaya merentasi sempadan selaras dengan komitmen negara di bawah Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya. Orang ramai adalah diingatkan bahawa sebarang pengimportan buangan terjadual tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan apabila disabitkan kesalahan akan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun penjara dan denda tidak kurang daripada RM 100,000.00 dan tidak melebihi RM 10 juta ringgit.