PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SYARAT-SYARAT KELULUSAN LAPORAN EIA KE ATAS TAPAK PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA DI DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG

JAS PULAU PINANG 10/03/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SYARAT-SYARAT KELULUSAN LAPORAN EIA KE ATAS TAPAK PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA DI DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar, Pulau Pinang
Lokasi
SEBERANG PERAI UTARA

Penerangan

PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SYARAT-SYARAT KELULUSAN LAPORAN EIA KE ATAS TAPAK PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA DI DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG Unit Penguatkuasaan EIA telah menjalankan satu pemeriksaan penguatkuasaan di sebuah tapak projek pembangunan perumahan yang tertakluk kepada kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA). Pemeriksaan tersebut memberi tumpuan kepada pelaksanaan Best Management Practices (BMPs) serta keberkesanan langkah dan alat kawalan pencemaran di tapak, selaras dengan syarat-syarat kelulusan EIA dan peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa komponen Best Management Practices (BMPs) yang masih belum dilaksanakan dengan sempurna, pengurusan sisa buangan yang tidak mematuhi tatacara yang ditetapkan serta beberapa aspek lain yang memerlukan penambahbaikan. Sehubungan itu, arahan di lapangan telah dikeluarkan serta-merta kepada pihak berkaitan bagi memastikan tindakan pembetulan segera diambil dan pematuhan sepenuhnya terhadap syarat kelulusan Laporan EIA dapat dicapai. Penggerak projek turut diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya pada setiap masa. Sebarang ketidakpatuhan akan dikenakan tindakan tegas dan sewajarnya. Sebarang aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar boleh disalurkan melalui: ?? Talian bebas tol: 1-800-88-2727 ?? Emel: [email protected] ?? Portal aduan: [https://eaduan.doe.gov.my](https://eaduan.doe.gov.my)