PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Pengurusan JAS

KUNJUNGAN HORMAT DAN LIBAT URUS TNB GRID MAINTENANCE TIMUR KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG

JAS PAHANG 10/03/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT DAN LIBAT URUS TNB GRID MAINTENANCE TIMUR KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG
Tahun
2026
Organisasi
JAS PAHANG
Lokasi
KUANTAN

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai TNB ( Tenaga Nasional Berhad) Grid Maintenance Timur yang merupakan salah satu rakan strategik dalam usaha memperkukuh agenda pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di negeri ini. Kunjungan ini menjadi platform penting dalam mempereratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak di samping mengadakan sesi perbincangan bagi merangka serta memperluaskan pelaksanaan program-program kesedaran alam sekitar yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Melalui perbincangan yang berlangsung, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan dan cadangan berkaitan inisiatif yang boleh dilaksanakan secara kolaborasi bagi meningkatkan tahap kesedaran awam terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar serta menyokong usaha pembangunan yang mampan. JAS Negeri Pahang merakamkan penghargaan atas komitmen dan sokongan berterusan daripada TNB Grid Maintenance Timur dalam memperkukuhkan kerjasama strategik ke arah memperkasa agenda kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa hadapan.