Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PREMIS PERCETAKAN KOTAK DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK)
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS JOHOR
- Lokasi
- KULAI
- Diskripsi
- 2 MAC 2026, KULAI - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah menjalankan siasatan aduan susulan daripada siasatan awal Unit Aduan keatas aduan aliran longkang berwarna hitam.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikenakan kepada proses pengeluaran percetakan kotak. Didapati tangki yang menyimpan efluen tersebut melimpah dan masuk ke longkang awam. Pihak premis diarahkan serta merta membuat sekatan didalam longkang, mengepam semula efluen yang dilepaskan dan membersihkan longkang tersebut.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.