PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran · Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN KE ATAS PROJEK PEMBANGUNAN TANPA KELULUSAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) DI PULAU RUSUKAN KECIL, W.P. LABUAN.

JAS WP LABUAN 09/03/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN KE ATAS PROJEK PEMBANGUNAN TANPA KELULUSAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) DI PULAU RUSUKAN KECIL, W.P. LABUAN.
Tahun
2026
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

PENGUATKUASAAN KE ATAS PROJEK PEMBANGUNAN TANPA KELULUSAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) DI PULAU RUSUKAN KECIL, W.P. LABUAN. 25 Februari 2026, LABUAN – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) bersama-sama dengan Jabatan Perikanan, W.P. Labuan telah menjalankan penguatkuasaan di tapak projek pembinaan yang terletak di Pulau Rusukan Kecil, W.P. Labuan. Penguatkuasaan susulan ini dijalankan bagi memeriksa sama ada projek berkenaan masih diteruskan, susulan projek tersebut telah melanggar Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 di bawah Jadual Kedua, Aktiviti 12. Projek yang dijalankan di kawasan Taman Laut ini tertakluk kepada kelulusan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA). Sehubungan itu, JAS menyeru semua pihak pemaju agar sentiasa mematuhi prosedur dan peruntukan perundangan yang berkuat kuasa sebelum memulakan sebarang projek pembangunan, khususnya yang melibatkan kawasan sensitif seperti di Taman Laut. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_februari_2026