PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI PEMERIKSAAN DAN SARINGAN BUNYI BISING BERSAMA IPD BENTONG

JAS PAHANG 06/03/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI PEMERIKSAAN DAN SARINGAN BUNYI BISING BERSAMA IPD BENTONG
Tahun
2026
Organisasi
JAS NEGERI PAHANG DAN CAWANGAN TEMERLOH
Lokasi
BENTONG

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang dan JAS Cawangan Temerloh telah melaksanakan operasi pemeriksaan dan saringan paras bunyi bising kenderaan bermotor bersama Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bentong. Operasi penguatkuasaan ini dilaksanakan dengan penglibatan seramai seorang Pegawai dan 6 anggota JAS serta 4 pegawai dan 5 anggota dari IPD Bentong. Ini bagi memastikan tahap bunyi yang dikeluarkan oleh kenderaan, khususnya motosikal, mematuhi had yang ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan. Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 26 buah motosikal telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati tindakan tegas telah diambil apabila 15 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melebihi had bunyi yang dibenarkan, manakala 16 notis arahan turut dikeluarkan kepada pemilik kenderaan bagi tujuan pembetulan dan pematuhan selanjutnya. Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan JAS Negeri Pahang dalam membanteras aktiviti pengubahsuaian ekzos yang tidak mematuhi spesifikasi serta mengawal pencemaran bunyi yang boleh menjejaskan ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat. JAS akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa sebagai langkah proaktif memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara.