PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENYERTAAN JAS NEGERI PAHANG DALAM PENGAUDITAN PENGURUSAN BEKALAN AIR TERAWAT

JAS PAHANG 06/03/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENYERTAAN JAS NEGERI PAHANG DALAM PENGAUDITAN PENGURUSAN BEKALAN AIR TERAWAT
Tahun
2026
Organisasi
JABATAN AUDIT NEGARA NEGERI PAHANG
Lokasi
KUANTAN

Penerangan

Seramai lima (5) pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menyertai sesi Pengauditan Pengurusan Bekalan Air Terawat yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara Negeri Pahang di dua buah loji rawatan air dalam daerah Kuantan. Skop pengauditan ini merangkumi aspek pengurusan sisa daripada loji rawatan air serta pemantauan kualiti air mentah yang secara langsung melibatkan peranan dan fungsi JAS dalam memastikan pematuhan terhadap peraturan dan piawaian alam sekitar yang ditetapkan, khususnya premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Sesi pengauditan turut melibatkan perbincangan teknikal dan semakan dokumen bersama pihak JAS Pahang sebelum lawatan tapak dijalankan. Perbincangan ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP), mekanisme pemantauan serta langkah-langkah kawalan yang diambil oleh pihak berkaitan dalam menguruskan sisa loji rawatan air agar tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar. Selain itu, pengauditan ini juga bertujuan memastikan pengurusan bekalan air terawat dilaksanakan secara sistematik, mematuhi perundangan dan berada pada tahap yang selamat. Penyertaan ini membuktikan komitmen berterusan JAS Negeri Pahang dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi-agensi kerajaan demi meningkatkan tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti, seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.