Oleh carolhumairah · 06/03/2026 · 0 paparan
4 MAC 2026, PELABUHAN KLANG - Susulan lawatan Yang Berhormat Menteri Kementerian Asli dan Kelestarian Alam ke Pelabuhan Klang pada 28 Februari 2025, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan Operasi Khas Ops Bongkar Kontena kesinambungan daripada Ops Green Shield di Pelabuhan Klang, Selangor. Operasi ini melibatkan kerjasama daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Pelaksanaan operasi ini bertujuan untuk memperkasakan kawalan sempadan negara daripada pencerobohan sisa haram, khususnya e-waste yang tidak menepati piawaian kelestarian alam sekitar. Langkah ini selaras dengan komitmen kerajaan bagi memastikan Malaysia tidak dijadikan tapak pelupusan sisa buangan dari negara luar. #jabatanalamsekitar #ewaste #alamsekitartanggungjawabbersama #NRES #MalaysiaMadani
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup