Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM TABUNG HAJI GERAK, TABUNG HAJI KEPALA BATAS PULAU PINANG
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- TABUNG HAJI KEPALA BATAS
- Lokasi
- Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang
Penerangan
PROGRAM TH GERAK TABUNG HAJI KEPALA BATAS
Pada hari ini, 5 Mac 2026 (Khamis), telah berlangsung Program TH Gerak Tabung Haji Kepala Batas bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
Program ini memberi kemudahan kepada warga jabatan untuk berurusan secara terus dengan pihak Lembaga Tabung Haji tanpa perlu ke kaunter.
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:
?? Pembukaan Akaun TH (serendah RM10.00)
?? Pendaftaran & Semakan Haji / Urusan Berkaitan Haji
?? Kemaskini Maklumat Peribadi
?? Simpanan melalui Potongan Gaji
?? Pendaftaran THiJARI
?? Pertukaran Akaun Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa
?? TH Khairat
?? Dan lain-lain perkhidmatan
Bagi urusan melibatkan akaun anak, penjaga diminta membawa bersama salinan kad pengenalan penjaga dan salinan sijil kelahiran anak.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Tabung Haji atas kerjasama serta kepada semua warga jabatan yang telah mengambil peluang memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan.
Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memudahkan urusan dan menggalakkan budaya menabung serta perancangan haji yang lebih awal.
#TabungHaji
#THGerak
#KepalaBatas
#JAS
#PerkhidmatanKomuniti