PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

PENYAMPAIAN TAKLIMAT MENGENAI STATUS TERKINI PEMATUHAN KAJIAN PENILAIAN PERSEKITARAN STESEN MINYAK SERI KENALI (CALTEX)

JAS Kelantan 06/03/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENYAMPAIAN TAKLIMAT MENGENAI STATUS TERKINI PEMATUHAN KAJIAN PENILAIAN PERSEKITARAN STESEN MINYAK SERI KENALI (CALTEX)
Tahun
2026
Organisasi
JAS Kelantan
Lokasi
Kota Bharu

Penerangan

PENYAMPAIAN TAKLIMAT MENGENAI STATUS TERKINI PEMATUHAN KAJIAN PENILAIAN PERSEKITARAN STESEN MINYAK SERI KENALI (CALTEX) 2 Mac 2026, KOTA BHARU - Jabatan Alam Sekitar Kelantan telah menerima kunjungan dari wakil pihak Chevron Malaysia Limited dan Jacob Engineering Group Malaysia SIB pada 2 Mac 2026. Taklimat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Encik Mohamad Zamzani bin Ibrahim dah turut dihadiri oleh 3 orang pegawai dari Bahagian Operasi 1 dan Operasi 2 Taklimat ini diadakan adalah bertujuan untuk pemakluman status terkini pematuhan Kajian Penilaian Persekitaran yang dijalankan oleh Consultant dari Jacobs Engineering Group bagi pihak Chevron Malaysia Limited. Selain daripada itu, perbincangan turut menjurus mengenai aduan yang diterima serta langkah-langkah yang telah diambil bagi mengekang isu tersebut. Semoga dengan taklimat yang diadakan ini dapat memastikan status pematuhan Kajian Penilaian Persekitaran bagi Stesen Minyak Seri Kenali ( Caltex) dalam keadaan yang baik