Oleh hashikin · 04/03/2026 · 0 paparan
OPERASI BERSEPADU E-WASTE HARAM DI PENGKALAN KONTENA BUTTERWORTH UTARA (NBCT) PULAU PINANG BIL. 1/2026 9 FEBRUARI 2026, BUTTERWORTH – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah dijemput oleh pihak KASTAM Diraja Malaysia Pulau Pinang untuk menjalankan Operasi Bersepadu E-Waste Haram di Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang ke atas lima (5) buah kontena yang disyaki berisi buangan elektrik dan elektronik e-waste (SW 110). Hasil pemeriksaan mendapati lima (5) buah kontena tersebut berisi buangan plastik jenis ABS seperti yang diisytiharkan dalam konsainan yang dikeluarkan ke pihak KASTAM. Kelima-lima kontena tersebut telah diserahkan kepada pihak KASTAM untuk tindakan lanjut. Pemeriksaan tersebut telah dijalankan oleh lima (5) orang pegawai Jabatan Alam Sekitar dan tiga (3) orang wakil KASTAM Diraja Malaysia. JAS sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak KASTAM serta pihak berkuasa Pelabuhan bagi memperkasakan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara bergelar “tong sampah dunia”. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup