PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

CERAMAH SEMPENA PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI BULAN PENGHAYATAN RAMADAN 1447H

JAS PAHANG 04/03/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH SEMPENA PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI BULAN PENGHAYATAN RAMADAN 1447H
Tahun
2026
Organisasi
JAS NEGERI PAHANG
Lokasi
KUANTAN PAHANG

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menganjurkan Program Pemantapan Integriti Sempena Bulan Penghayatan Ramadan 1447H bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, Aras 1, Kompleks Mahkamah Kuantan. Program ini dilaksanakan sebagai wadah pengisian rohani dan pengukuhan nilai integriti dalam kalangan warga kerja jabatan bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Tiga tajuk utama telah diketengahkan iaitu “Ramadan Bulan Penyembuhan Jiwa dan Raga”, “Puasa Membentuk Hati yang Taqwa” dan “Menggapai Lailatul Qadar: Rahsia Malam Yang Agung” yang memberi penekanan kepada pembinaan sahsiah, penyucian jiwa serta peningkatan kualiti ibadah. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shahid bin Shaadan kepada para pegawai dan kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang serta cawangan, dengan pengisian yang padat, menyentuh hati dan memberi inspirasi ke arah pembentukan peribadi yang lebih berintegriti dan berakhlak mulia. Semoga penganjuran program ini terus menjadi platform berterusan dalam memperkasa nilai integriti, memperkukuh budaya kerja beretika serta meningkatkan penghayatan Ramadan dalam kalangan seluruh warga JAS Negeri Pahang.