Oleh nuraida.musa · 04/03/2026 · 4 paparan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang dengan kerjasama Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. telah berjaya menjalankan Program Pengumpulan Sisa Elektrik dan Elektronik (E-Waste) di Kuantan Port Consortium Sdn.Bhd. (KPC) Pelabuhan Kuantan. Program ini merupakan inisiatif KPC bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kerja terhadap kepentingan pengurusan sisa elektrik dan elektronik secara teratur serta mematuhi kehendak perundangan alam sekitar. Pelaksanaan program ini turut melibatkan Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) bagi memastikan proses pengumpulan dan pengangkutan e-waste dilaksanakan secara sah dan terkawal. Selain itu, SWCorp juga mengambil bahagian dalam pengumpulan sisa kitar semula lain, seperti kertas, plastik dan minyak masak terpakai, menjadikan program ini sebagai satu platform kolaboratif antara agensi dan pihak industri dalam memperkukuh amalan kelestarian alam sekitar. JAS Negeri Pahang amat menghargai komitmen pihak KPC dalam menyokong pengurusan sisa secara bertanggungjawab demi kelestarian alam sekitar.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup