Penerangan
3 MAC 2026, SELASA – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) hari ini telah melaksanakan siri lawatan pertama bagi Program Gema Lestari Ramadan 1447H di tiga buah sekolah terpilih, iaitu Sekolah Kebangsaan St. Mary, Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane.
Program yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan (19 Februari hingga 15 Mac 2026) ini merupakan inisiatif "kos sifar" kepada pihak sekolah. Langkah ini merupakan inisiatif serampang dua mata bagi memupuk amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga kota, di samping menggalakkan budaya beramal jariah sepanjang bulan yang mulia ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama