Oleh rashidb · 04/03/2026 · 0 paparan
TINJAUAN PENGUATKUASAAN YANG BERHORMAT MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES) KE PELABUHAN KLANG 28 FEBRUARI 2026 (SABTU) 28 Februari 2026 - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, telah mengadakan tinjauan penguatkuasaan di pelabuhan bagi meneliti secara lebih dekat status kontena dalam usaha menangani isu kemasukan kontena e-waste secara haram ke negara ini. Berdasarkan rekod semasa, daripada keseluruhan 818 kontena yang berada di pelabuhan, sebanyak 605 kontena telah berjaya diperiksa oleh JAS. Daripada jumlah tersebut, 503 kontena merupakan kontena di bawah siasatan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan telah diperiksa menerusi pelaksanaan Ops Dermaga. Operasi ini dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan JAS bertindak sebagai agensi kes predikat dalam siasatan tersebut. Turut hadir semasa tinjauan penguatkuasaan YB Menteri hari ini Datuk Nor Yahati Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersama pegawai kanan Kementerian, Puan Azuri Azizah Haji Saedon, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS bersama pegawai-pegawai kanan JAS beserta wakil Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS); serta agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Westports Malaysia Sdn. Bhd.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup