Penerangan
24 Februari 2026, Gopeng - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Trafik IPD Kampar telah menjalankan Operasi Bersepadu bagi Pelepasan Asap Hitam Dari Kenderaan Bermotor bertempat di KM19, Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, Gopeng.
Sepanjang Ops gerak ini berlangsung sebanyak 2 kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had ditetapkan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan 4 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 juga telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terbabit bagi menjalani ujian semula.
Jabatan Alam Sekitar menyeru pemilik kenderaan khasnya pemilik kenderaan berenjin diesel untuk sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala dan melakukan pemeriksaan di Puspakom bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak melepaskan pencemar udara yang mengancam kualiti alam sekitar dan kesihatan orang ramai.
#NRES
#hariozonsedunia2026
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_februari2026
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari