Penerangan
26 Februari 2026, Ipoh - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menerima permohonan untuk menjalankan pemeriksaan tahap pencemaran bunyi bising di tempat kerja. Pemeriksaan dijalankan di sekitar kawasan tempat kerja dan mendapati kawalan risiko bunyi bising adalah dari bilik AHU pejabat.
Penilaian lanjut telah dijalankan menggunakan alat pengukuran bunyi bising iaitu Sound Level Meter (SLM) bagi mengenalpasti standad limit bunyi bising adalah patuh. Aktiviti adalah didalam ruang pejabat tidak boleh melebihi had selamat (biasanya untuk 8 jam) bagi mengelakkan gangguan tumpuan dan penyakit pendengaran merujuk Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bunyi Bsing) 2019.