PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

LAPORAN LAWATAN PROGRAM GEMA LESTARI RAMADAN 2026 - KOLABORASI PENGURUSAN E-WASTE BERSAMA INSTITUSI MASJID 3.0 SEMPENA PROGRAM GEMA LESTARI RAMADAN 1447H

JAS WP KUALA LUMPUR 04/03/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN LAWATAN PROGRAM GEMA LESTARI RAMADAN 2026 - KOLABORASI PENGURUSAN E-WASTE BERSAMA INSTITUSI MASJID 3.0 SEMPENA PROGRAM GEMA LESTARI RAMADAN 1447H
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

2 MAC 2026, ISNIN – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengadakan siri lawatan semula kali kedua ke enam (6) lokasi iaitu Masjid Al-Imam As-Syafie (Maluri), Masjid Salahuddin Al-Ayyubi (Taman Melati,Setapak), Masjid Usamah Bin Zaid (Wangsa Maju), Masjid Al-Imam Al-Ghazali (Bandar Menjalara, Kepong), Masjid Ar-Rahman (Pantai Baru) dan Masjid Al-Ikhlasiah (Bukit Kerinchi). Lawatan ini adalah bertujuan untuk menempatkan bekas untuk mengisi buangan e-Waste bermula dari Masjid Al Imam As Syafie dan lawatan ini turut disertai wakil daripada Syarikat Prestasi Mewah Sdn Bhd. Program pengumpulan e-waste ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula pada 19 Februari hingga 15 Mac 2026. Inisiatif ini dijalankan tanpa melibatkan sebarang perbelanjaan daripada pihak masjid. Tabung masjid akan menerima sepenuhnya hasil kutipan e-waste. Langkah ini bukan sahaja kaedah bagi memudahkan komuniti melupuskan barangan e-waste tetapi juga memberi peluang kepada komuniti untuk beramal sambil memelihara alam sekitar. Tujuan utama adalah untuk meningkatkan amalan kitar semula dan memupuk kesedaran tanggungjawab sosial dalam komuniti setempat melalui pelaksanaan program ini. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama