Penerangan
27 FEBRUARI 2026, JUMAAT – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menganjurkan sesi coaching Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2025/2026. Sesi ini diadakan khusus bagi membincangkan dan menggalakkan pendaftaran serta penyertaan dari sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum berjalannya sesi penilaian SLAAS bagi peringkat negeri untuk sesi 2025/2026.
Sesi ini telah disertai oleh para guru dari sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan proses penyertaan Program SLAAS yang lebih komprehensif dan tepat. Sesi ini merupakan langkah penting dalam memastikan proses penyertaan adalah mudah difahami dan diisi dengan betul agar memudahkan setiap penilaian yang bakal dilaksanakan kelak.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama