PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA, PEMANTAUAN DAN PENCEGAHAN PENCEMARAN JAS NEGERI SEMBILAN

JAS NEGERI SEMBILAN 27/02/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA, PEMANTAUAN DAN PENCEGAHAN PENCEMARAN JAS NEGERI SEMBILAN
Tahun
2026

Penerangan

07 Februari 2026, Seremban - Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), Pemantauan dan Pencegahan Pencemaran di beberapa lokasi di sekitar kawasan perindustrian Nilai. Hasil pemantauan dan rondaan OMPT, Pemantauan dan Pencegahan di sekitar kawasan berkenaan tiada aktiviti mencurigakan dan pergerakan keluar masuk barangan e-waste di kesan. Pasukan rondaan juga turut membuat susulan berkaitan insiden tumpahan minyak yang berlaku dan mendapati pihak kilang telah membuat langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang pencemaran berlaku. Rondaan turut mengesahkan tiada aktiviti pembakaran terbuka berlaku sewaktu pemantauan dijalankan.