Penerangan
14 Februari 2026, Seremban - Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), Pemantauan dan Pencegahan Pencemaran di beberapa lokasi di sekitar kawasan perindustrian Nilai. Hasil pemantauan dan rondaan OMPT, Pemantauan dan Pencegahan di sekitar kawasan berkenaan tiada aktiviti mencurigakan dan tiada aktiviti pembakaran terbuka berlaku sewaktu pemantauan dijalankan.