PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PEMERIKSAAN ADUAN DI PREMIS KITAR SEMULA PLASTIK TERPAKAI

JAS PULAU PINANG 27/02/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN ADUAN DI PREMIS KITAR SEMULA PLASTIK TERPAKAI
Tahun
2025
Organisasi
Pasukan Penguatkuasaan Unit SPT2, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang
Lokasi
Bukit Mertajam

Penerangan

PEMERIKSAAN ADUAN DI PREMIS KITAR SEMULA PLASTIK TERPAKAI 24 Februari 2026, Bukit Mertajam – Pasukan Penguatkuasaan Unit SPT2, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menerima satu aduan berkaitan sebuah premis yang menjalankan aktiviti kitar semula plastik terpakai di kawasan tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan telah menjalankan aktiviti tanpa memperoleh kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 34A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sehubungan itu, tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dilaksanakan di bawah Seksyen 38A(1)(a), akta yang sama bagi menghentikan operasi peralatan yang terlibat sehingga pematuhan terhadap keperluan perundangan dipenuhi. Jabatan ini akan terus menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua aktiviti industri mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa demi melindungi alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling atau peraturan-peraturan di bawahnya. Orang awam diseru melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emes ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://app-eaduan.doe.gov.my/user/register/create.