PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI PUNCA PENCEMARAN (KLINIK)

JAS WP KUALA LUMPUR 27/02/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI PUNCA PENCEMARAN (KLINIK)
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Jalil Link dan Sri Petaling

Penerangan

25 FEBRUARI 2026, RABU – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan pemeriksaan serta verifikasi punca pencemaran terhadap beberapa buah premis klinik di sekitar Jalil Link dan Sri Petaling. Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan pihak pengusaha premis sentiasa mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan berkaitan, khususnya melibatkan pengurusan sisa klinikal. Pihak JAS WPKL menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana premis yang didapati melanggar perundangan tersebut. JAS WPKL kekal komited dalam menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan tahap pematuhan yang tinggi terhadap standard alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #jaswpkualalumpur