Penerangan
25 & 26 FEBRUARI 2026, RABU & KHAMIS – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya telah menganjurkan Bengkel Panel Penilai Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2025/2026. Sesi ini diadakan khusus bagi membincangkan kriteria utama dan hala tuju penilaian SLAAS bagi peringkat negeri untuk sesi 2025/2026.
Program ini telah disertai oleh barisan panel penilai negeri, wakil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), serta panel penilai luar bagi memastikan penyelarasan kriteria penilaian yang lebih komprehensif dan tepat. Sesi ini merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan standard penilaian serta memastikan ketelusan dan integriti dalam setiap penilaian yang bakal dilaksanakan kelak.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama