Penerangan
26 Februari 2026, KHAMIS – MRANTI Corporation Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan sesi pengisian rohani bersempena bulan Ramadan bertempat di Auditorium Bangunan MRANTI. Program yang bertajuk "Berkat Gaji, Berkat Iftar: Menjaga Halal Haram Dalam Tugas" ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Da’i Izzhar Nazri.
Sesi tazkirah ini memfokuskan kepada kepentingan menjaga integriti serta aspek halal dan haram dalam pelaksanaan tugasan harian sebagai asas keberkatan rezeki. Program ini bukan sahaja dihadiri oleh warga kerja MRANTI, malah turut dimeriahkan dengan menjemput warga Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) serta wakil daripada syarikat-syarikat lain.
Kehadiran yang amat menggalakkan daripada semua pihak mencerminkan komitmen tinggi terhadap penghayatan nilai-nilai murni di tempat kerja. Majlis berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan sesi soal jawab yang interaktif bersama penceramah.